Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mana-mana pemimpin yang mahu menerajui pimpinan parti mesti melalui proses pemilihan yang sah dan menyerahkan segala keputusan kepada akar umbi.
Ini kerana setiap pemimpin di dalam UMNO mempunyai peranan masing-masing dan ahli-ahlinya pula tidak wajar membuat kenyataan bersifat mengocakkan air yang tenang.